Episod 5 Jingga

#Tarikh penyiaranSinopsisLagu
112 Ogos 2008Nik si pelajar baru diperkecilkan seluruh kelas, tetapi atas bantuan Lianna, lama-kelamaan dia meningkatkan keyakinan diri dan hormat dari kelas selaku pengawas. Sementara itu, Zaleha menghadapi tentangan oleh para ahli pasukan sorak Blitz pimpinannya sendiri, yang didalangi Melly. Bagi membalas dendam, Jed keluar bersama Zaidi iaitu teman lelaki Melly, namun memburukkan keadaan lagi. Oleh sebab gagal meraih sokongan rakan-rakan sepasukannya, maka Zal terpaksa menubuhkan satu lagi pasukan sorak.Tak Minta Popular - Shila
219 Ogos 2008Zaleha memujuk Nik agar menyertai pasukan barunya, tetapi Nik berkata perlunya untuk mempertimbangkannya padahal SPM kian dekat. Tetapi apabila Melly mendekati Nik agar menjeratnya ke dalam pasukannya, maka beranglah Zaleha. Persahabatan Zaleha dan Nik yang baru mula berputik pula terancam. Sementara itu, Lianna bergaduh dengan Andi menoleh ke Nik untuk mencari ketenangan. Akhirnya Nik beralih ke pasukan Zaleha dan sekaligus menyelamatkan hubungan baik mereka. Pada masa yang sama, Lianna menyertai pasukan Melly.Tidak Berteman - Shila dan Atilia
326 Ogos 2008Bapa Andi menyedari anaknya selama ini asyik berlatih menari, sambil memperlekehkan impian Andi menjadi penari profesional. Ini menyebabkan Andi lari dari rumah dan ponteng kelas. Hanya Nik yang tahu Andi di mana, lalu cuba memujuknya agar pulang. Pada masa yang sama, Zaleha menghadapi ancaman sabotaj Melly dan Lianna ketika cuba meraih ahli baru sehingga cuba mendapatkan tajaan dari seorang kaya. Lianna berasa meluat apabila mengetahui usaha Nik memujuk Andi pulang.Rahsia Hatiku - Shila, Atilia dan Russell
42 September 2008Zaleha, Jed dan Nik perlu belajar menghayati erti pasukan sorak di bawah bimbingan Dr Zaharah, seorang doktor gigi sekolah dan bekas pemimpin pasukan sorak di sekolah yang sama pada akhir 1980-an. Mereka bertiga juga dikehendaki mengutip derma untuk rumah anak yatim. Sementara itu, Lianna belajar mengatasi perasaan gayat setelah pening apabila diangkat tinggi-tinggi dalam sesi latihan, dengan bantuan Andi dan Irwan.Aku Masih Mentah - Shila dan Hunny Madu
59 September 2008Pasukan Zal yang bersusah-payah mencari ahli baru tiba-tiba diharamkan pihak sekolah, tetapi hati mereka tetap kental dan bersatu untuk bertahan, sehinggapun mencari nama baru pasukan iaitu "Cinta." Oleh sebab kedegilan mereka, pihak sekolah mengambil keputusan memecat Jed selaku pengawas dan menggantung persekolahan Zai dan Nik. Namun, ahli-ahli pasukan Cinta memberontak dan merayu agar pasukan mereka dibenarkan bergiat semula. Akhirnya, pihak sekolah mencapai kompromi agar satu pertandingan diadakan antara pasukan Zal dan Melly untuk menentukan pasukan mana yang harus kekal selaku pasukan sorak tunggal sekolah.Cinta itu Juara - Atilia
616 September 2008Jed akhirnya kembali menjadi pengawas setelah guru disiplin sekolah menerima rayuan Zaidi, tetapi Jed terpaksa memikul tugas yang berat khusus untuk pengawas yang pernah dihukum kerana melanggar peraturan sekolah. Ini menyebabkan Jed terasa makin tersisih dari pasukan Cinta kerana Zal perlu memastikan disiplin pasukan demi kejayaan tanpa bertolak ansur dengan ahli yang datang lewat. Jed makin tertekan lalu pun meninggalkan pasukan, sekaligus menghampakan seluruh pasukannya, tetapi akhirnya dipujuk kembali oleh ahli-ahli pasukan Cinta yang prihatin. Sementara itu, Liana menerima kad hari jadi dari kembarnya Mia yang tinggal di UK, menimbulkan perasaan haru kerana terpaksa menyambut hari jadi dengan kesunyian.Puteri di Istana Hatiku - Hunny Madu
723 September 2008Zal dibuang sekolah kerana disyaki mencontengkan kata-kata amaran di dinding bangunan sekolah dengan cat sembur merah, mengakibatkan pasukan Cinta terpaksa bertanding tanpa Zal. Apapun, pasukan Cinta tidak putus asa dalam perjuangan mereka menentang pasukan Blitz. Liana menggadaikan keselamatan diri untuk mendedahkan hal sebenar di sebalik "kesalahan" Zal. Tibanya hari pertandingan kalah mati untuk menentukan pasukan mana yang kekal wujud, dan pasukan Cinta terus menggapai kejayaan. Melly akhirnya dikenakan tindakan atas insiden ancam sekolah tersebut.Infiniti -
830 September 2008Pasukan Cinta menerima kemasukan beberapa orang bekas ahli Blitz dan Zal menyerahkan jawatan kapten kepada Nik atas tekanan ahli-ahli barunya. Melly berpura-pura insaf terhadap Nik, Zal dan Jed dan berjaya memujuk Nik sambil memperalatkan Zaidi untuk memecah-belahkan mereka. Tetapi apabila rancangannya pun selesai, Zaidi terasa kecewa atas perbuatan Melly lalu berpisah dengannya serta membetulkan keadaan Nik, Zal, Jed dan pasukan Cinta. Sementara itu, Lianna ditegah orang tuanya dari berjumpa dengan Andi lagi, sekiranya tidak Lianna tidak diberi elaun lagi. Oleh itu, Lianna terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan.Pengkhianat Cinta - Juwita Suwito
97 Oktober 2008Pasukan Cinta diperkenalkan jurulatih baru mereka, iaitu Hamidah yang bengis lagi tegas. Cikgu Hamidah mewajibkan semua ahli pasukan mengikut jadual waktu yang luar biasa, iaitu kena berlatih dengan kerja-kerja berat, lebih-lebih lagi lebih masa setiap hari sehingga, semua merungut sudah kehilangan masa persiapan untuk SPM mahupun hilang minat menjadi ahli sorak. Nik, Jed dan Zal menyiasat latar belakang Hamidah; rupa-rupanya dia pernah melatih di Amerika tetapi menarik diri setelah berlakunya kemalangan. Perihal inilah yang hampir menyingkirkan Hamidah dari sekolah, inipun pada saat-saat apabila pasukan sudah mula menyukainya.Uh-Oh! - Atilia
1014 Oktober 2008Walaupun sudah putus cinta, Zaidi masih mendampingi Melly dengan tujuan melindunginya dari ancaman lintah darat yang diupah Melly untuk menganiaya Zal dahulu, sekaligus dihutangnya jua. Ini menyebabkan ramai yang menyangka Zaidi dan Melly bersama lagi, mencabar kepercayaan Jed terhadap Zaidi. Lambat-laun Jed menyedari masalah Melly lalu kedua-dua mereka jatuh di tangan penyangak itu. Sementara itu, Mia, kembar Liana, kembali dari UK, menyebabkan Liana tersinggung kerana menganggap Mia itu anak emas ibu bapa mereka. Namun begitu, Mia meluahkan perasaan sebenar kepada kembarnya yang cemburu itu.Rahsia Hatiku - Russell
1121 Oktober 2008Jed dikejarkan ke hospital akibat pendarahan dalaman yang berlarutan kesan penculikan. Zai berasa amat kesal kerana melindungi Melly dari ancaman lintah darat tanpa menyangka Jed terjebak sama, lalu berazam untuk "mengajar" siapa yang menyebabkan Jed menjadi begini. Cikgu Hamidah hendak segera mencari sesiapa yang boleh mengambil alih peranan Jed dalam pasukan Cinta, tetapi dibantah Zal kerana yakin Jed akan kembali di pangkuan mereka tidak lama lagi. Malang tidak berbau, Jed jatuh koma lalu menghembuskan nafas terakhir, sekaligus menyelubungi kawan karibnya Zal dan seluruh pasukan Cinta dan sekolah dengan nestapa.Lagu Sepuluh Tahun - Atilia
1228 Oktober 2008Zal masih meratapi pemergian Jed, dan menyimpan perasaan dendam terhadap Melly, apatah lagi apabila Melly dilantik menjadi pengganti Jed. Cikgu Hamidah membawa seluruh pasukan Cinta berkhemah untuk menaikkan semangat pasukan yang agak goyah. Di sana, Zal mengambil kesempatan untuk menganiaya Melly, tetapi dirinya terkena apabila terjatuh di kawasan larangan. Melly berjaya membantu Zal dan semenjak itulah Zal dan Melly mula saling berbaik.Lagu Sepuluh Tahun - Atilia
134 November 2008Pertandingan Sorak Nasional 2008 sudah tiba, oleh itu pasukan Cinta berusaha gigih demi kejayaan, tetapi Zal dihantui oleh kemunculan kakak tirinya yang mengaku Zal itu anak luar nikah, di samping juga memimpin pasukan sorak bernama Genesis. Sementara itu, Andi akhirnya meluahkan perasaan hatinya di hadapan Nik setelah lama perlu memilih antara dia dan Liana. Sejak itu Nik seolah-olah hilang tumpuan dan Zal pula kecil hati lagi, lebih-lebih lagi di pusingan awal pertandingan. Di pusingan terakhir pertandingan, Liana tiba-tiba menghilangkan diri gara-gara Andi, tetapi akhirnya sempat dipujuk agar membantu pasukan melakukan yang terbaik. Tetapi kesilapan yang sama berlaku lagi di saat-saat genting.
Empat bulan berlalu semenjak itu, seluruh pasukan Cinta bersuka-ria di malam prom. Mereka menerima pesanan video dari Hamidah di luar negara yang memuji usaha gigih mereka walaupun tidak menjuarai pertandingan kebangsaan berbulan-bulan lalu itu, di samping diberi kejutan dari Yusof yang berada di samping Hamidah.
Re-Maja - Shila